Monday, May 25, 2009

Sambutan Hari Belia Negara

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua.pada 15 mei 2009,melaka telah menjadi tuan rumah bagi menyambut HARI BELIA NEGARA 2009 peringkat kebangsaan.Kelab kami telah mengambil bahagian dalam acara-acara tersebut seperti membuka gerai menjual air buah dan pendaftaran untuk ahli-ahli yang baru untuk menjadi ahli rakan muda.skuad seni budaya kami juga telah menghantar kumpulan shuffle(Da' Last Minute Crew) mereka untuk bertanding dalam shuffle dance competitions iaitu salah satu acara yang ada pada hari itu.Hari Belia berkenaan telah dirasmikan oleh Tan Sri Dato' Muhyiddin Bin. Mohd Yassin.kami sungguh berbesar hati kerana gerai kami telah dikunjungi oleh Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia iaitu Puan Wasitah binti Mohd Yusof.berikut dibawah adalah gambar-gambar yang telah diambil pada hari itu.

(ahli-ahli sedang membuat persiapan untuk berniaga)

(persiapan meja pendaftaran)
(gerai kami)

(cuaca amat baik waktu itu)

(saudara umar dan saudara yusuf yang mengendalikan pendaftaran)

(ketibaan Tan Sri Dato' Muhyiddin b. Mohd Yassin)

(suasana petang semakin ramai pengunjung)

(acara street soccer bawah 12 tahun)

(DLMC sedang membuat latihan)

(air buah rm1.....roti 3 rm1 promotion kami hehe)

(persatuan taekwando melaka tidak terlepas membuat persembahan)

(pertandingan wheelkang)

(pertandingan grafiti)

(malam barulah dapat makan,kesian peserta ni hehe)

(sedang menunggu DLMC membuat persembahan)



(DLMC group johan bagi pertandingan shuffle dance competition)

TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH!!!!!!! kepada semua ahli jawatankuasa kerana bertungkus lumus sama-sama menjayakan hari itu.tidak lupa juga tahniah lagi sekali kepada Da' Last Minute Crew dibawah naungan skuad seni budaya kerana telah menjadi johan bagi shuffle dance competitions.dan kami mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada PUAN WASITAH kerana sudi mengunjungi gerai kami.






(gambar kenangan bersama dengan peniaga-peniaga yang lain)

Sekian sudah update untuk kali ini,jumpa di update yang lain.salam!!!!!!

No comments:

Post a Comment